• NR MINYAK BERUBAT (39)
1

EEM - EXAMO CKM 500 DAN MATSA

Regular price
RM 120.00
Sale price
RM 120.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | Izamo Sitiawan / Manjung Olive House
Secure payments
Authentic products | Izamo Sitiawan / Manjung Olive House
Authentic products

EXAMO CKM 500

Makanan yang memberi nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental seperti takut, cemas, rungsing dan memberikan keyakinan serta membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya fikir dan mencerdaskan akal serta memperbaiki daya tumpuan, menghapuskan rasa letih, serabut fikiran dan kelesuan otak.

EXAMO-CKM500 PLUS(pek Hijau)

Membantu melekaskan tindakanEXAMO-CKM 500 terhadap diri seseorang yang agak lembab menerima kesan baik EXAMO-CKM 500. Peranannya sama seperti pemangkin (catalyst). Oleh yang demikian, EXAMO-CKM500 PLUS mesti digunakan bersama EXAMO-CKM500.


EXAMO CKM 500 UNTUK SIAPA?

FASA 1 (DALAM KANDUNGAN)

Otak dan saraf tunjang ialah salah satu bahagian yang terbentuk dengan sempurna swaktu diperingkat janin lagi. Pembentukan otak adalah aktif terutama di peringkat minggu ke-15 hingga ke-20 kehamilan. Ibu mengandung memerlukan nutrien yang mencukupi terutamanya kalsium supaya bayi di dalam kandungan tidak terjejas.


FASA 2 (BARU LAHIR)

Apabila bayi dilahirkan, berlaku pertumbuhan otak yang paling aktif sehingga berusia setahun. Pada peringkat ini berlaku perubahan fizikal di dalam otak. Dianggarkan 100 juta sinaps di neuron terbentuk dan bersedia untuk digunakan. Ibu bapa perlu prihatin dengan beberapa keupayaan kanak-kanak di tahap ini. Garam tisu Biokimia yang terdapat di dalam EXAMO-CKM 500 membantu menyuburkan neuron.


FASA 3 (UMUR 1-3 TAHUN)

Menjelang umur kanak-kanak 3 tahun, otak menjadi lebih aktif dan fleksibel terdapat lebih 15,000 sinaps untuk setiap neuron dan jumlah ini adakalanya lebih banyak serta dua kali ganda aktif dari otak orang dewasa. Rangsangan deria (seperti mendengar, melihat, merasa bau dan sentuh) sebenarnya melatih sel otak untuk berfungsi . Kekurangan rangsangan tersebut boleh melemahkan serta mematikan sel otak. Pada fasa ini juga, ibu bapa boleh mengesan sekiranya ada keabnormalan yang berlaku pada anak-anak mereka yang melibatkan saraf seperti masalah lambat bercakap, gagap, sindrom Down, sawan, meningitis dan sebagainya. EXAMO-CKM 500 sesuai diberikan pada usia ini untuk menambahkan lagi kecerdasan akal mereka. Penyelidik berpendapat pada fasa ini juga sesuai untuk kita “membentuk” mereka seperti yang dikehendaki.


FASA 4 (PERSEKOLAHAN)

Masalah yang paling kerap dialami oleh para pelajar ialah lupa, kurang tumpuan, lembap, malas, jemu dan bosan, letih, murung, hiperaktif dan sebagainya .Bebanan pelajaran boleh menyebabkan berlakunya stres dan migren di kalangan pelajar. Persekitaran seperti sekolah, guru, rakan, keluarga dan tanggungjawap sebagai pelajar memberi kesan yang lebih terhadap psikologi mereka. Pada fasa inilah juga para pelajar kerap berhadapan denagan ujian dan peperiksaan formal seperti UPSR, PMR, SPM atau tahap pengajian yang lebih tinggi lagi seperti diploma atau ijazah. Para pelajar disarankan menggunakan EXAMO-CKM 500 yang berfungsi untuk menguatkan ingatan, menambah tenaga mental, mencerdaskan serta mendatangkan ketenangan.


MATSA

Khasiat Matsa Merangsang dan mengaktifkan otak kiri yang terlibat dengan proses pengiraan, logik, menaakul dan pemadanan istilah.Sesuai sangat dengan pelajar yang suka melawan, pelupa, selalu silap istilah, payah berfikir tentang timbangan, jarak, berat, kurang tumpuan dan malas.


CARA MAKAN :

Dikemam dalam mulut 1 biji sekali

Minggu 1 : 1 biji pagi,1 biji malam

Minggu ke 2 : TIDAK MAKAN 

Minggu ke 3 : 1 biji setiap malam

Minggu ke 4 : TIDAK MAKAN

Minggu ke 5 dan seterusnya : 1 biji seminggu