1. Dasar Pertukaran
Sekiranya anda ingin membuat pertukaran, anda hanya diberikan masa selama satu (1) hari sahaja. Pihak kami memerlukan resit pembelian sebagai bukti pembayaran bagi memudahkan proses penukaran produk serta sila bawa produk anda. Pastikan produk tersebut belum dibuka atau digunakan dan produk mestilah dalam keadaan asal sama seperti yang anda terima. Sekiranya produk yang anda ingin tukar tiada dalam stok, pihak kami akan maklumkan kepada anda. Proses ini hanya untuk pelanggan yang memilih penghantaran melalui ‘self pick up’. Bagi yang menggunakan khidmat pos laju, anda perlu menghantar semula produk tersebut kepada kami dan segala caj penghantaran pihak kami TIDAK AKAN TANGGUNG.
PERHATIAN!
Jika pihak kami melakukan kesilapan dalam menghantar produk kepada anda, caj penghantaran pihak kami AKAN TANGGUNG sepenuhnya.
2. Dasar Penghantaran
Kos penghantaran ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta Labuan akan dikenakan caj mengikut harga yang telah ditetapkan oleh pihak logistik. Target kami adalah menghantar produk pilihan antara mengikut alamat yang anda berikan dan masa yang dipaparkan semasa proses pembayaran.Maklumat ini juga akan disenaraikan dalam pengesahan pembayaran.
Sekiranya terdapat masalah yang melibatkan penghantaran anda, pihak kami akan maklumkan selagi ianya tidak melanggar syarat dan undang-undang. Namun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas kerugian, liabiliti, kos, kerosakan, caj atau perbelanjaan akibat penghantaran lewat. Hal ini kerana, segala proses penghantaran BUKAN DARI PIHAK KAMI.
3. Dasar Pembayaran
Untuk semua pembelian produk dari pihak kami, anda hanya boleh membuat pembayaran melalui PERBANKAN INTERNET (online banking) sahaja. Oleh itu, sila semak produk pembelian anda sebelum membuat pembayaran. Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan boleh menghubungi pihak kami whatsapp di +60194640167 ( Iza - Staf Izamo OH Sitiawan).