Set C - Olivie30x, Pati Delima dan Cuka Tin Percuma Calm Comfort & Gula O
- Regular price
- RM 205.00
- Sale price
- RM 205.00
- Regular price
-
RM 0.00
Kongsi
Kempen Menjaga Kesihatan
Di Malaysia, kira-kira 3.9 juta orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas (18.3%) menghidap diabetes dan lebih membimbangkan lagi adalah hampir separuh daripada pesakit diabetes tidak menyedari status penyakit mereka. Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) mendapati peratusan pesakit diabetes di Malaysia meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus pada tahun 2019. Laporan itu sekali gus menunjukkan satu dalam lima individu dewasa berusia 18 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes atau bersamaan dengan 3.9 juta penduduk Malaysia.
Bagaimana Diabetes berlaku?
Kencing manis berlaku apabila kelenjar pankreas sentiasa menggunakan insulin dan kadangkala melebihi paras normal. Pada masa yang sama, tubuh badan tidak dapat menggunakan insulin tersebut menjadikan pesakit dalam keadaan tidak cukup insulin.
Insulin adalah sejenis hormon yang mengawal paras gula dalam darah. Apabila kita makan atau minum, kandungan gula dalam makanan atau minuman itu meransang kelenjar pankreas untuk menghasilkan insulin. Insulin ‘membenarkan’ gula yang dipecahkan dalam bentuk ringkas dalam darah berpindah ke sel bagi membolehkan sel berfungsi.
Bagaimanapun, sekiranya proses pemindahan tidak berlaku (akibat kekurangan insulin), darah akan mempunyai gula yang berlebihan. Maka dengan itu akan berlakulah kencing manis.